Update

Terbaru dalam Majlisku - Januari 2024

BY
Majlisku Team
January 17, 2024

Sejak Majlisku dilancarkan pada Disember 2022, kami sangat bangga sebab dapat membantu lebih dari 1000 pasangan muda untuk menjayakan majlis mereka khususnya sanding. Setelah menerima banyak feedback, kami berusaha untuk update features Majlisku supaya dapat memudahkan urusan anda.

1. Wajah baharu

Memperkenalkan wajah baharu antaramuka Majlisku selari dengan misi untuk memberi user experience yang menyenangkan ketika menguruskan urusan tetamu anda

2. Tema undangan digital

Setelah sekian lama, kini Majlisku mempunyai pilihan tema undangan digital anda. Pilih dari tema minimalis, islamik, dan pelbagai lagi - percuma dan berbayar. Lebih banyak tema akan ditambah!

Ada idea untuk tema impian anda? Hantarkan cadangan kepada kami di feedback@majlisku.app

3. Semak ucapan tetamu

Ramai yang request untuk melihat semua ucapan dari tetamu di satu tempat. Kini anda boleh melakukannya selain menunjuk atau menyembunyikan ucapan tertentu dari undangan digital anda

3. Letak tarikh akhir deadline untuk tetamu membalas RSVP

Antara permintaan tertinggi users adalah untuk menetapkan had tarikh kepada tetamu untuk menjawab RSVP supaya dapat elakkan masalah katering, kerusi dan slot masa pada saat-saat akhir.

4. Ubahsuai gambar, tajuk dan ucapan preview undangan anda

Kini anda boleh ubahsuai rupa informasi undangan anda ketika share di whatsapp dan media sosial

5. Kemas kini lain

• Anda boleh crop gambar yang dimuat naik untuk mencantikkan lagi undangan Majlis anda

• Dukacitanya, kami terpaksa menghentikan feature untuk edit di atas undangan buat sementara untuk kami membaikpulih dengan teknologi yang lebih mampan

Cuba sendiri Majlisku sekarang!

Terima kasih kepada pengguna Majlisku yang tidak putus memberi maklum balas dan cadangan untuk membaik pulih user experience . Kami akan cuba sebaik mungkin untuk memberi lebih banyak updates supaya anda boleh menguruskan majlis dengan lebih yakin dan tenang. Kongsi cadangan dan idea dengan kami di sini.

Ada idea, tips atau kisah menarik majlis anda untuk dikongsikan?
hantar idea

Hantar undangan peribadi majlis anda