Tips

10 Idea Hadiah Kahwin untuk Pengantin Muda

BY
Izzul Syazwan
January 16, 2024

Waktu saya baru berkahwin dulu, saya ada buat wish list atau gift registry untuk barang-barang sangat diperlukan dalam kehidupan kami di sebuah apartment satu bilik

Apabila memilih hadiah kahwin untuk pasangan muda yang akan memulakan kehidupan baru, terutamanya mereka yang menyewa sebuah kediaman yang kecil dan sederhana, sangat penting untuk kita mempertimbangkan keperluan dan had ruang mereka.

Berikut adalah 10 idea hadiah kahwin yang penting dan sangat praktikal serta memberikan keselesaan dalam kehidupan mereka yang baru

1. Set Alat Memasak

Set alat memasak berkualiti seperti periuk dan kuali yang tidak melekat, serta perkakas memasak sangat berguna untuk mudahkan urusan dapur

2. Pemproses Makanan

Pemproses makanan atau blender yang tidak memakan banyak ruang dapat membantu mereka mempersiapkan makanan dengan lebih cepat dan jimat di dapur yang kecil

3. Persalinan Bilik Tidur

Persalinan tilam dan tuala yang berkualiti, lembut dan tahan lama dapat memberi keselesaan kepada pengantin baru selepas bekerja seharian

4. Perabot Mudah Alih

Pertimbangkan perabot, troli, kerusi atau meja kecil yang mudah dipindah dan disimpan ketika tidak digunakan

5. Bekas dan Organizer

Penyimpanan yang praktikal seperti bekas makanan, bekas rempah, penyangkut baju dan pengatur laci dapat membantu memaksimakan ruang sedia ada dan menjimatkan masa

6. Servis Langganan

Boleh hadiahkan servis berlanggan seperti layanan streaming spotify, netflix atau youtube untuk setahun atau berpatutan. Sesiapa pun akan suka!

7. Dekorasi Rumah Personal

Bingkai foto yang dipersonalisasi, karya seni dinding, atau barang dekoratif dengan nama atau tanggal pernikahan mereka dapat menambah sentuhan pribadi pada ruang tamu

8. Perkakas Elektronik

Jika ada bajet lebih atau dapat berkongsi kos beramai-ramai , boleh pertimbang untuk hadiah elektrik seperti mesin kopi, pemanggang roti, atau microwave. Selain itu, perincian rumah pintar (smart home devices) seperti lampu bilik pintar dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka

9. Set Peralatan Rumah

Sebuah set peralatan penting seperti tukul, pemutar skru, dan pengukur tape sangat berguna untuk perbaikan dan penyesuaian kecil di sekitar rumah

10. Kad Hadiah dan Voucher

Buntu idea untuk bagi hadiah apa? Hadiahkan gift card seperti ikea, shopee, lazada untuk beri lebih fleksibel untuk digunakan bila perlu

Percayalah, tetamu sangat suka bila mereka dapat memberikan sesuatu yang berguna dan memudakan kehidupan pengantin baru. Barang praktikal yang meningkatkan kehidupan seharian akan sangat dihargai.

Anda adalah bakal pengantin baru yang akan mulakan kehidupan baru dengan pasangan?  

Boleh guna senarai diatas untuk hasilkan gift registry dalam undangan anda dengan percuma!

Ada idea, tips atau kisah menarik majlis anda untuk dikongsikan?
hantar idea

Hantar undangan peribadi majlis anda